Taiwan Industry Weekly
SEE OTHER BRANDS

News on industries and services in Taiwan

Kuala Lumpur Mendahului sebagai Lapangan Terbang Paling Berhubung di Asia Pasifik dalam OAG Megahubs

SINGAPURA, Sept. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- OAG, platform data terkemuka dunia bagi industri perjalanan global, hari ini mengumumkan penerbitan Megahubs 2025, senarai rujukan utama yang menilai lapangan terbang paling berhubung di dunia. Memasuki edisi kesepuluh penerbitannya, laporan ini menonjolkan peningkatan kekuatan sektor penerbangan Asia Pasifik, dengan tiga lapangan terbang tersenarai antara 10 teratas dunia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) muncul sebagai hab Asia dengan kedudukan tertinggi dan berkongsi tempat ke‑4 dunia. Seoul Incheon (ICN) berada di tangga ke‑6, manakala Tokyo Haneda (HND) menduduki tempat ke‑9, turun daripada kedudukan ke‑3 pada tahun 2024.

Membandingkan pemimpin hari ini dengan tahun 2015, ketika Megahubs pertama kali diterbitkan, KUL telah naik daripada kedudukan ke‑5 kepada ke‑4 dengan peningkatan 22% dalam jumlah destinasi yang dilayaninya. ICN menonjol sebagai antara salah satu pencapaian terbesar dekad ini, naik daripada kedudukan ke‑10 ke‑6 dan mencatat peningkatan 58% dalam jumlah sambungan berpotensi pada hari paling sibuk sepanjang tahun.

Peneraju Serantau Asia Pasifik

KUL, ICN dan HND merupakan tiga lapangan terbang yang paling berhubung di peringkat antarabangsa di Asia Pasifik, dengan Lapangan Terbang Changi Singapura (SIN) dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok (BKK) melengkapkan senarai lima teratas.

Jiak diperincikan lagi, inilah senarai Megahub teratas mengikut sub‑rantau:

  • Asia Tenggara – Kuala Lumpur (KUL)
  • Asia Timur Laut – Seoul Incheon (ICN)
  • Asia Selatan – Delhi (DEL)
  • Pasifik Barat Daya – Sydney (SYD)

Hab Elit Asia Pasifik bagi Penerbangan Kos Rendah

Asia Pasifik menguasai penerbangan tambang rendah, dengan 16 daripada 25 Megahub LCC teratas dunia berpusat di rantau ini. KUL mengetuai kedudukan global Megahub LCC No.1 dunia, dengan AirAsia mengendalikan 36% daripada semua penerbangan di lapangan terbang tersebut. ICN dan Manila (MNL) telah bertukar kedudukan sejak 2024, dengan ICN berada di tempat kedua dan MNL di tempat ketiga. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG) mencatat antara lonjakan terbesar dalam senarai LCC tahun ini, naik 20 kedudukan ke tempat ke‑4, didorong oleh operasi HK Express milik Cathay Pacific.

“Rantau Asia Pasifik telah mengukuhkan reputasinya sebagai kuasa besar global dalam industri penerbangan, mengimbangi hab perkhidmatan penuh bertaraf dunia dengan rangkaian sambungan kos rendah yang dinamik,” kata Mayur Patel, Ketua ASPAC di OAG. “Kejayaan berganda Kuala Lumpur sebagai hab global utama dan Megahub tambang rendah nombor satu dunia menyerlahkan keupayaan unik rantau ini untuk memenuhi keperluan pengembara merentas semua segmen.”

Perihal OAG

OAG merupakan platform data terkemuka bagi industri pelancongan global yang menawarkan sumber tunggal yang pertama dalam industri untuk data berkaitan bekalan, permintaan dan harga.

Pertanyaan Media: pressoffice@oag.com
Maklumat Lanjut:https://www.oag.com/megahubs-airports-2025


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions